Apa yang penting??? Kerjasama.. Saya sangat berpuas hati pada bulan ini kerana saya rasa bulan ini bulan rezeki melimpah ruah. Mungkin anda kata Wonderpet tiada kaitan dengan cerita saya tapi sebenarnya ada. Yelah bulan ini bertuah sebab 25 mac kan my birthday so macam ada kaitan je kot..hehehehe..
OK let's start the story. Semalam [12 mac2009] ada sambutan MAULIDURASUL di sekolah Agama. Ada jamuan, pertandingan nasyid, bercerita and banyak lagi. Kelas kami mengambil bahagian dalam acara nasyid. Cuba bayangkan sambutan Maulidurasul tapi tiba-tiba nyanyi lagu Damai Yang Hilang... Lagu itu sempena serangan ke atas Gaza tapi kita sambut Maulidurasul. Sangat-sangat tiada kaitan. Tapi nyanyi aje lah. Semalam hari pertandingan semua dah menggelabah bila semua lagu pasal Nabi Muhammad SAW. Kelas kami sahaja pasal Gaza. Orang selawat, kami tak. Aimi cakap lantaklah just have fun menang kalah adat pertandingan. So kami buat macam biasa je la. Mungkin ianya best kerana ada sedikit lakonan tentang Gaza. Murid lelaki bawa pistol mainan dan berlakon kena tembak. Mungkin itu yang menarik perhatian juri. Akhir acara semua cuak dan saya kata terima je keputusan seadanya and tawakkal usaha terakhir. Ada satu kelas buat persembahan pentomin. Macam gempak je siap ada bawa barang prop lagi tapi biasa je.
And finally we waited for the results. Matlamat kami nak kalahkan pentomin. And the result is pentomin saguhati hahahahaha... dan persembahan nasyid kelas kami dapat tempat kedua! Wah terkezzzuuuttt gila!!!!!
Kesimpulannya ialah; kerjasama itu penting. Ini baru kejayaan sekolah Agama tau. Sekolah kebangsaan pun ada kejayaannya. Itulah saya kata rezeki yang saya dapat dalam bulan 3 ni melimpah ruah. Mungkin ini gantian pertandingan sajak yang saya kalah dalam bulan 2. Itulah rezeki, ia datang bila-bila saja. Sekarang dah cuti penggal pertama selama seminggu pergi mana???Jagalah diri ya kawan-kawan.
Kejayaan sekolah kebangsaan will update soon!!!take care ya. See you soon..Bye.
-
0 comments:
Post a Comment