Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Sunday, March 29, 2009

Happy Belated Birthday Amazing Mum



HAPPY BELATED BIRTHDAY

Umi sorry lah skarang baru nak updated pasal harijadi umi yang agak lambat.Hehehehehe.....

*Happy belated birthday[sweet 51]

*I wish all your dream come true

*Semoga panjang umur dan murah rezeki selalu

*Sorry lambat sangat updated.padahal harijadi 20 mac

*TQVM for everything

*Didoakan semoga terus awet muda dengan minum air suam!

Lots of lurve muaaaaaaah,

Farah [.a.k.a. adek]

Tuesday, January 20, 2009

Welcome back!!!!!!

Hello guys.
Sorry for the long time of not updating this space..
Happy new year! :) May this year be better than last year.

Tahun ini beruniform kuning. Hehe. Mula-mula nak letak gambar pakai baju PSS but sorry lah eh tak berkesempatan lagi.. So far syukur sehingga ke hari ini semuanya okay sahaja. Tugasan dah bermula lah kan.. boleh tahan juga penat nya.. but i'ts okay. Dah dapat watikah perlantikan dah pun. Cuma sijil bagi akhir tahun.. Pernah juga saya terpikir untuk MENDELETE blog ini, sometimes malas nak update. Tapi apabila dah dipertimbangkan semula, macam tak jadi sebab sayang lah pulak.. huhuhu..

Awal tahun memang tak banyak sangat nak di update.. Lagi 2 bulan my birthday. 25 mac 1998.. Jangan lupa bagi hadiah. Just for your infomation nak bagitau yang my birthday sama dengan pelakon utama drama issandra yang digam.. Memey Suhaiza Suhaimi lah siapa lagi??? Hate her very much!!!!!!! Hadiah yang teringin sangat nak dapat- laptop apple, MP4, kamus elektronik Besta. Bestnya jika memiliki semua itu. But I think dalam mimpi jelah kan nak dapat semua tu..

Insyaallah will update soon.. maybe update waktu hari jadi ataupun menjelang hari kelahiranku itu..hehe. Cukup dulu sampai disini.. cuti pergi Hong Kong tak update pun.. Hehe malas.. Bye.. See you guys soon~

Saturday, July 19, 2008

My Angel In My Life

Everyone needs an angel in their life. Seperti saya, saya pun nak seorang bidadari yang boleh buat apa yang saya nak menjadi realiti tapi malangnya tak semua yang kita impikan kita boleh dapat. Bila kita stressed up dalam otak kita ni macam-macam kita fikir and baru kita nak ingat Allah but when we are happy and when we get what we want do we remember Allah?..

Setiap orang nak cari ketenangan dalam hidupnya dan adakah kita hitung diri kita apa yang kita lakukan sepanjang hari? Kadang-kadang apabila kita hitung diri ia akan beri banyak kesedaran dalam hidup! dan cuba kita fikir adakah barang yang ada di sekeliling kita akan kekal sebab itu saya cakap kalau kita berpangkat Tan Sri sekalipun benda tu tak akan kekal selamanya sebab Dia Maha menarik balik semua rezeki itu dan tak perlu kita bermegah-megahan kerana dunia hanya tempat yang sementara! Kadang-kadang orang yang kita sayanglah akan tinggalkan kita dan orang yang kita benci akan berada di sisi kita.

Kita juga memerlukan seorang sahabat. THE TRUE FREINDS THAT UNDERSTAND EACH OTHER. Setiap orang pernah melukakan hati kawan masing-masing .and pernah kita fikir bila kita minta maaf rakan tu akan maafkan kita? Just think about that......

Kalau saya ada angel yang ada di sisi saya saya akan cakap kat angel tu: "Can you protect me forever and can you bring me to heaven?.." tapi itu semua angel saya yang dalam fantasy je dan angel saya yang nyata ialah my friends. Bukan apa saya memamg akan gelak terbahak-bahak bila ada dengan semua kawan saya. Apa entah la susah saya nak explain mungkin sebab telatah ceria diorang tu. Dan saya rasa dan saya mengaku sendiri kalau saya bad mood mesti balik sekolah saya dah okay balik.

And my next angel is my beloved mom, Ummi. Saya rasa saya pilih Ummi saya sebagai angel seterusnya sebab dekat rumah kalau saya bad mood dan selalu kena buli mak saya akan pujuk saya. Taktaulah nak kata anak mak tak juga. Dan saya pilih mak saya sebab kat dunia dialah angel saya yang boleh bagi saya apa yang saya inginkan tapi adalah hadnya juga. Okay saya dah ceritakan semua cerita tentang angel dalam hidup saya. So saya dah cerita panjang lebar saya nk akhiri dengan Assalamu'alaikum warahhmattullahhiwabarakatuh.. Semoga kita dapat jumpa dalam episod blog seterusnya dan saya ucapkan terima kasih juga kerana sudi membaca blog saya! Semoga kita dapat berjumpa lagi!

Sunday, May 25, 2008

First Time Blogging

My name is Farah Syahira. I am 10 years old. I live in Bandar Baru Bangi. My hobby is singing. I am very grateful that I now have a blog, and now, with the help of my Angah, I am officially a blogger.. Alhamdulillah. Tq Ngah!!

My best friend is Ezah.
Favourite food is Nasi Goreng Pataya.
Favourite drink is milo ice blended.
Cita-cita saya ialah untuk menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Semua orang ada pengalaman pahit dan manis..
Nantilah saya cerita saya punya.
Anyway best gak jadi blogger ni eh,
boleh cerita kat semua orang yang kita ada pengalaman tak kesah la pahit atau manis.

Favourite subjects are English n Maths.
Maths bukannya susah, cuma kena lah berusaha lebih sket untk bejaya.
Aim 2010, target dalam minda untuk mendapat 5A.

Saya nak cite sket ni kat sekolah saya ada satu pusat sekolah yg bernama ''GALUS'', maksudnya daripada kita gagal kita hendaklah berusaha supaya lulus tapi ada suatu hari tu ada seorang pakar motivasi datang untuk beri motivasi tapi dia kata bukan galus tapi ''HALUS'' bererti dengan harapan untk kita lulus.
Saya suka idea tu.. Unik kan maksud ''HARAPAN LULUS''.

Saya tak suka org yang hidup tanpa arah tujuan. Hidup kenalah ada azam dan iltizam.

Cite pasal family plak. Ahli keluarga saya ada 7 orang. Saya ada 5 orang adik beradik.
Untuk pengetahuan semua, adik beradik saya semua perempuan, dan saya anak bongsu.
Anak Ummi la katakan ;p..

Cite pasal Ummi ni, Ummi saya seorang yang tak pernah marah. Cuma kadang-kadang dia marah sket-sket jer.. Ummi saya seorang yang kelakar

Ayah pula sekarang bekerja di TNB HQ.

Standing L-R: Along, Kakde/Ano, Kakcik. Sitting L-R: Angah, Me

Untuk pengetahuan semua juga, saya kalau bercerita memamg tak berhenti.
Ramai orang kata saya ni talkative.

Tapi cukup lah dulu ini sebagai permulaan.
Conclusion ialah, saya berharap ini satu permulaan yang baik.
Sampai di sini dahulu cerita pendahuluan blog saya.
Ribuan terima kasih saya ucapkan kerana sudi membaca blog saya.
Jemput datang lagi ;)

 
design by suckmylolly.com